Thursday 18 December 2014

NURSING IN PUBLIC (N.I.P.) : MAHU TAPI MALU

Beberapa minggu lepas Cikgu Susu terbaca satu artikel tentang Nursing in Public atau menyusu di khalayak umum.

Ibu semua pernah tak merasa leceh atau susah nak berjalan-jalan dengan bayi yang menyusu susu ibu? Ada terfikir perlukah bawa susu yang telah diperah dan terfikir macam mana nak panaskan susu itu nanti?

Ada rasa malu nak menyusu di khalayak umum? Pernah tak terjadi situasi begini?

Bila si comel menangis mahukan susu, kita mula mencari bilik menyusu (nursing room). Bila bilik menyusu penuh, kita panik. Kita mula keluarkan nursing cover untuk susukan bayi. Bayi pula dah tak tenang, menangis lebih kuat. Akhirnya, kita berserah, padamkan hasrat nak window shopping atau berjalan-jalan di shopping mall. Berjalan masuk ke tempat letak kereta dan menyusu dalam kereta.

Haaa... percaya tak? cikgu susu pun pernah mengalami situasi seperti ini. Tetapi apa yang menyebabkan pandangan dan sikap cikgu susu berubah adalah teguran dan sokongan dari suami cikgu susu sendiri. 

Kata beliau, "Buat apa nak malu-malu kalau kita tak buat perkara yang salah, hak anak kita perlu ditunaikan bila diperlukan."

Ibu, kita tak perlu malu untuk tunaikan hak anak kita walau di mana sahaja kita berada. Ini tanggungjawab kita ya ibu. Bayi akan lebih selesa menyusu terus dari kita dan bayi kita akan lebih tenang dan seterusnya mudah diuruskan.

Ibu-ibu perlu tahu definisi sebenar penyusuan di khalayak umum. Ia tidak bermaksud menyusu dengan mendedahkan keseluruhan bahagian payudara kita. Kita masih boleh menyusukan anak kita dengan memelihara aurat kita iaitu dengan sedikit bukaan di bahagian menyusu sahaja.

Ibu-ibu, susuilah anak kita walau dimana kita ketika itu. Pastikan sebagai seorang wanita muslim, kita masih memelihara aurat semasa menyusu, mendapat keizinan suami dan niat kita bukanlah untuk membanggakan diri kerana boleh dan mampu menyusukan anak kita.

Cadangan cikgu susu untuk memudahkan N.I.P atau penyusuan di khalayak umum dan pada masa yang sama ibu masih menjaga batas aurat ibu adalah:

1. Memakai nursing inner atau nursing camisole yang mempunyai akses di bahagian payudara dan areola sahaja. 

2. Memakai baju mesra menyusu (nursing friendly). Biasanya berbutang atau berzip di bahagian dada untuk memudahkan akses kepada penyusuan.

3. Menggunakan nursing cover atau selendang untuk menutup dada dari pandangan umum semasa menyusu.

4. Dalam sesetengah kes, bayi tidak sukakan nursing cover atau selendang, cikgu susu galakkan ibu memakai baju menyusu. Baju menyusu sendiri mempunyai akses penyusuan tanpa butang atau zip dan ada lapisan kain di bahagian dalam untuk mengelakkan pendedahan kulit badan atau payudara yang banyak.

5. Elakkan merasa panik, malu atau stress. Tahukah ibu bayi kita dapat mengesan perasaan dan emosi kita semasa dalam dakapan kita. Bila ibu stress, penyusuan takkan berjalan dengan lancar dan kerana bayi kita juga menjadi tidak tenang seperti kita.

Apa yang ibu perlu lakukan? Bertenang dan senyum selalu. Bayi kita pun akan turut merasa gembira disusukan.

Cikgu susu sendiri lebih gemar memakai baju menyusu, kerana akses yang lebih mudah dan dapat menyusu dengan lebih discreet. Anak-anak cikgu susu pula memang tidak suka menyusu dengan nursing cover atau selendang. Jadi sejak menyusukan anak, cikgu susu ada hobi baru, iaitu suka mengumpul baju-baju menyusu.

Jom kita menyusu, kalau kita mahu, tepikan malu itu ya.

Semuanya akan lebih senang jika kita sendiri memudahkan caranya. InshaAllah.


.


Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com


2 comments:

  1. saya hari tu menyusu [akai baju nursing di lorong dalam GIANT ktrg. lorong mainan tiada orang biasanya.
    di east coast mall kuantan...... sambil beli baju anak2 baby menangis. terus ambil nursing cover dan menyusu kat bawah rak kain menikmati pemandangan orang ramai menaiki escalator.
    sampai sales girl tegur "kak bilik baby ada kat sana"
    saya jawab "lambat jauh sangat,,,, baby senyap dan terlelap"
    saya letak baby atas stroller dan sambung shopping

    ReplyDelete
  2. ain pernah je breastfeed baby kat kenny rogers guna nursing cover. memang org tgk, tapi bila fikir balik, bukan buat bnda xelok pon. kita ikut sunnah. so, breastfeeding mommies, jgn malu2 ok. bukan tayang cik B kat public pon. teknologi skrg, klik2 kat internet search nursing blouse/jubah/kurung and nursing cover, adik beradik nursing semua.

    hendak seribu daya, kan? :)

    jemput ke blog ain jugak ya. ain suka share pasal breastfeeding jugak.
    Support breastfeeding! hehe :)

    ainniah.com

    ReplyDelete