Thursday 15 January 2015

MITOS: BAYI TAK BOLEH MENYUSU DARI PUTING INVERTED DAN FLAT

Assalamualaikum ibu-ibu jelita.

Semalam cikgu ada personal consultation untuk ibu yang baru lepas bersalin, masih dalam tempoh berpantang. Cikgu akan kongsi masalah ibu ini dan penyelesaian dan sedikit penerangan sebagai panduan ibu-ibu di luar sana ya.



MASALAH IBU:

Saya ada masalah inverted nipple. Buat masa ini, bayi menyusu melalui botol susu dan saya menyusu dengan menggunakan nipple shield. Tapi, setiap kali menyusu rasa sakit. Saya nak menyusu direct tanpa guna nipple shield. Boleh cikgu bantu?





PENYELESAIAN CIKGU SUSU:

Bayi dapat menyusu menggunakan nipple shield, tapi selepas beberapa saat, ibu rasa sakit. Jadi, ibu cuba menyusu tanpa nipple shield pula. Bayi nampak berminat tetapi seolah-olah menolak puting ibu. Selepas beberapa kali percubaan, bayi dapat menyusu tanpa nipple shield, selama beberapa lama.

Mengikut pemerhatian cikgu, antara permasalahan ibu dan bayi ini adalah:

1. Lekapan yang tidak betul semasa menyusu.
2. Bayi terbiasa dengan material silikon dari puting botol susu dan nipple shield.
3. Penyusuan bayi sebelum ini mengikut jadual (3 jam sekali), jadi bayi cenderung untuk menjadi terlalu lapar kerana jarak masa penyusuan yang terlalu lama.
4. Bayi kemungkinan sudah mula menghadapi keliru puting.

Mommies, sebelum ini cikgu ada menerangkan tentang risiko penggunaan puting susu atau puting kosong terlalu awal kepada bayi. Kes ini adalah antara risiko yang terjadi.

Bayi ini telah mengalami keliru puting kerana sudah terbiasa dengan pemberian susu ibu melalui botol susu. Melalui pemerhatian cikgu, masalah penyusuan tidak berlaku kerana keadaan puting ibu yang inverted, kerana bayi dapat menyusu tanpa nipple shield selepas beberapa kali percubaan. Penyusuan dari payudara telah terganggu kerana penggunaan nipple shield (dalam kes ini).

Jika ibu mempunyai jenis puting inverted atau flat (seperti dalam gambar), penggunaan nipple shield kadangkala akan menyebabkan luka yang teruk pada bahagian puting ibu.

Ya ibu, penggunaan nipple shield mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes. Tetapi harus dielakkan terutamanya pada 2 minggu pertama usia bayi. Dapatkan bantuan untuk menyusukan bayi dengan betul selepas bersalin. Permulaan yang baik selalunya dapat mengatasi masalah penyusuan seperti ini.

Tahukah anda, keadaan puting dan payudara ibu biasanya akan berubah dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin. Ini proses normal sebagai persediaan untuk menyusukan bayi lebih lama.

Cikgu positif yang ibu ini akan berjaya menyusukan anaknya semula dengan cara lekapan yang betul.

Cadangan cikgu untuk ibu ini atau kes yang sama seperti ini:

1. Lakukan skin-to-skin sekerap 1-2 jam sekali.

Skin-to-skin atau sentuhan kulit-ke-kulit akan membiasakan bayi dengan bau badan ibu dan dapat merangsang bayi menyusu dari payudara ibu.

Kenapa cikgu kata 1-2 jam sekali? Sebab susu ibu dicernakan sepenuhnya dalam masa 1 hingga 1 setengah jam. Jadi, bayi akan mula lapar semula dalam tempoh masa ini. Untuk berjaya merangsang bayi menyusu semula dari payudara, skin-to-skin mesti dilakukan apabila keadaan bayi tak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang.

Bila terlalu lapar, bayi akan cepat marah dan tidak sabar.
Bila terlalu kenyang, bayi cenderung untuk tidur dan berehat.


2. Beri masa untuk bayi belajar mengenal payudara ibu. Elakkan memaksa bayi untuk menyusu.

Penyusuan yang dipaksa akan memberikan gambaran bahawa penyusuan itu sesuatu yang tidak menggembirakan untuk bayi kita. Penyusuan sepatutnya satu proses yang indah dan menenangkan untuk bayi dan ibu. Pada peringkat permulaan ianya normal jika bayi yang keliru puting tidak terus menyusu dari payudara.

Bayi akan mula mengenal payudara ibu dengan ekplorasi kawasan payudara dan puting susu ibu. Biarkan tangan bayi memegang dan membelai puting susu ibu. Biasanya bayi akan mula menggeselkan hidung atau mulutnya di payudara ibu sebelum mula menunjukkan kesediaan untuk menyusu.

Sesetengah bayi mula bersedia menyusu setelah beberapa hari menunjukkan simptom di atas. Ada juga bayi sudah berjaya menyusu selepas beberapa jam berada dan explore payudara ibu. Setiap bayi itu tidak sama sifatnya. So, have faith mommies!

3. Lakukan penyusuan terus dari payudara tanpa menggunakan nipple shield.

Remember, baby is BREASTfeed not NIPPLEfeed.



Gunakan posisi football hold atau cross cradle untuk memudahkan lekapan bayi di payudara.

Nak tahu posisi semasa menyusu yang cikgu recommend, baca di sini.

Klik sini untuk lekapan yang betul.


4. Elakkan penggunaan atau pemberian susu ibu melalui botol susu.

Dalam kes ini, kita mahukan bayi menyusu terus dari payudara ibu. Jika terus diberikan susu melalui botol, bayi akan cenderung untuk lebih keliru. Bantu bayi kita untuk mengenal payudara ibu dulu, sebelum botol susu.


5. Ibu relax! Bertenang, senyum dan berkomunikasi dengan bayi anda.

Tahukah mommies, our baby can sense our fear, panic and emotions? Ya, bayi kita boleh mengesan rasa panic, takut dan risau kita bila dalam pelukan kita. Jadi, ibu perlu sentiasa yakin dan positif yang bayi anda dapat menyusu dari anda. Jika kita tidak yakin, usaha ini tidak akan berjaya.


Ibu, susu ibu itu hak anakmu.
Sungguh, saya kagum dengan ibu ini.
Sentiasa berusaha ke arah memberikan yang terbaik untuk anaknya.
Mari kita doakan semoga Allah permudahakan penyusuan ibu ini dan beliau berjaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun.


Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com




Rujukan:

1. Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding.
2. International Breastfeeding Centre: www.nbci.ca



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow



Nak Konsultansi Penyusuan secara personal? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com untuk temujanji.

1 comment: