Tuesday 7 April 2015

MAKAN UBAT TAK BOLEH MENYUSU. BETUL KE NI?

Soalan ibu:

"Betul ke kalau buat rawatan rambut contoh macam perm, saya tak boleh menyusu?"

"Susu perahan saya kena buang tak kalau saya makan antibiotik?"

"Cikgu, boleh ke saya minum green tea? Effect kepada susu dan baby tak?





Assalamualaikum dan hai semua.

Saya mendapat banyak soalan seperti di atas. Anda pernah mengalami situasi seperti di atas? Masih menyusu dan sangat berhati-hati dengan pengambilan ubat-ubatan. Anda confused?

Tahukah anda sebenarnya, anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa. Menurut Dr. Jack Newman, peratusan ubat yang boleh memasuki ke susu ibu adalah sangat rendah sekali. Badan manusia adalah ciptaan Allah yang sangat hebat. Ubatan yang diambil sebenarnya akan dilarutkan ke seluruh anggota badan kita. Sesetengah ubatan akan disimpan dalam lemak di dalam badan kita. Kesan ubat akan memasuki ke susu ibu hanya jika ubatan tersebut masuk ke aliran darah ibu sahaja. Tetapi kepekatan ubat itu adalah sangat-sangat rendah. Jadi, anda sebenarnya tidak perlu menghentikan penyusuan atau membuang susu yang diperah disebabkan pengambilan ubat-ubatan.

Di dalam bukunya, Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding, beliau telah memberikan beberapa prinsip pengambilan ubat-ubatan oleh ibu menyusu dari perspektif seorang pengamal perubatan (beliau adalah seorang doktor). Jadikan ia sebagai panduan sebelum membuat keputusan untuk mengambil ubatan tertentu. Antaranya:

1. Elakkan pengambilan ubat-ubatan jika tidak betul-betul memerlukannya. Contohnya seperti radang payudara   (mastitis). Dalam kebanyakan kes, mastitis juga boleh dirawat tanpa pengambilan antibiotik walaupun ianya masih diperlukan dalam kes-kes yang teruk (severe).

2. Ambil ubatan yang juga boleh diambil oleh bayi.

3. Gunakan ubatan yang lebih rendah toksik.

4. Ambil ubatan yang telah diyakini selamat kepada ibu menyusu.

5. Ambil ubat yang mempunyai jangka hayat yang singkat. Ini kerana, ubatan yang jangka hayatnya singkat akan tidak akan tersimpan lama dalam susu ibu dan cepat dikeluarkan dari badan bayi.

6. Cari ubatan alternatif sebagai gantian kepada ubatan yang tidak sesuai untuk ibu menyusu. Dapatkan maklumat dari doktor yang merawat anda.

*Semasa rawatan, beritahu doktor yang anda masih menyusukan anak anda, dan mohon kerjasama doktor untuk memberikan ubatan yang selamat buat ibu menyusu.

Risiko pengambilan ubatan yang tidak sesuai kepada penyusuan:

1. Ibu mula melihat susu formula sebagai pilihan.

2. Penyusuan mungkin terganggu dalam masa 1 minggu, sepanjang pengambilan ubat.

3. Bayi berpotensi mogok susu kerana terbiasa dengan aliran susu yang laju dari botol susu.

4. Penyusuan tidak dapat diteruskan dengan baik.


Jadi ibu tenangkan hati. Usah terlalu risau tentang ini. Meneruskan penyusuan walaupun ketika dalam proses penyembuhan (on medication) semestinya lebih baik berbanding menghentikan penyusuan dan menggantikan dengan susu formula.Teruskan menyusu seperti biasa ya.

Jika merasa ragu-ragu dengan pengambilan ubat-ubatan, marilah kita amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang bersih dan berkhasiat. Amalan pemakanan sunnah (seperti kurma, madu, buah delima, dan cuka epal) yang dianjurkan Rasulullah SAW juga sangat bagus dalam membantu meningkatkan ketahanan badan dan kesihatan diri. 












Salam Cinta Susu Ibu,
www.cikgususu.com








Rujukan:

1. Breastfeeding While on Medication; Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding.




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


.


No comments:

Post a Comment