Thursday 20 August 2015

IBU MENGADU TAKDE SUSU, TAPI BILA PICIT BREAST INI YANG TERJADI...

Assalamualaikum dan hai mommies,

Cikgu nak kongsikan kes yang biasa dihadapi ibu selepas bersalin terutamanya ibu yang melahirkan anak sulung, ada juga yang mengalami situasi ini selepas melahirkan kedua atau ketiga.

*Identiti sebenar ibu dirahsiakan.

Situasi hari pertama:

Ibu: "Susu tak keluar banyak, tapi bagi je baby hisap.."

Cikgu: Mula-mula memang sikit ikut saiz perut baby. Teruskan menyusu, stimulation dari baby akan buat susu lancar.."

Hari kedua:

Ibu: "harini day 2, sejak semalam susu tak keluar pun. Baby hisap je.. risau baby lapar ni..

Cikgu: "Baby ada kencing dan berak?, puan boleh kencing..?

Ibu: " Baby ada kencing and berak, saya boleh kencing.."

Cikgu: "InshaAllah, ada susu. Cuba picit sikit bahagian areola, ada keluar kolostrum? Belum warna putih lagi ye, especially first week.."
Ibu: Ada keluar susu..

Hari ke-tiga (petang):

Ibu: "Cikgu, baby kena jaundice, and susu tak keluar ni. Pam pun tak ada apa keluar. Risau baby tak dapat susu.. tolong.."


Hari ke-empat: Sesi konsultansi bermula.

Ibu: "Ada beri sedikit susu formula, sebab risau tak dapat susu.."

Keadaan payudara dan puting:

Mula-mula cikgu tengok ibu nampak lesu dan dehydrated. Tapi biasalah baru 4 hari bersalin kan. Payudara ibu kelihatan agak tegang dan keras. Bila dipegang rupa-rupanya ibu mengalami bengkak susu dan ketulan yang banyak di kedua-dua belah breast. MashaAllah. Katanya sakit sangat bila ditekan bahagian breast. Puting pula sedikit luka dan nampak kesan rekahan merah pada putingnya, nasib baik sebelah je. 

Lekapan bayi semasa menyusu:

Mulut baby jauh dari payudara. Kedudukan bayi tidak betul-betul rapat dengan ibu. Lekapan pula cepat terlepas. Menyebabkan baby seolah-olah tidak puas menyusu. Baby cuba untuk grip semula nipple ibu tanpa dilekapkan dengan semula, akibatnya lidah bayi hanya menangkap hujung nipple sahaja, bukannya keseluruhan areola.

Posisi bayi semasa menyusu:

Ibu masih kekok memegang bayi. Kepala bayi yang baru lahir masih lembut dan ini menyebabkan kepala bayi senang jatuh jika tidak diampu. 

Penyelesaian cikgu:

1. Urutan payudara.

Kami mengambil masa lebih kurang 5-10 minit untuk melakukan breast massage dan hot compressed. Ketulan banyak dan besar, ini menyebabkan saluran susu tersumbat dan aliran susu menjadi perlahan. Saya melakukan sedikit mampatan pada payudara ibu dan zass... keluarlah kolostrum dari puting ibu. Ibu sendiri seolah-olah tak percaya yang sebenarnya susu ada dan cukup untuk bayi.

Menurut Perunding Laktasi aka mentor penyusuan saya, Dr. Hairin Anisa: Apabila lekapan semasa menyusu tidak betul, susu tak dapat dikeluarkan dengan efektif dari breast. Maka saluran susu tersumbat dan menyebabkan molekul lemak dalam susu tidak dapat melalui saluran susu (tersumbat juga). 

Sebab itu bila ibu mengalami bengkak susu, ibu notice hasil perahan kelihatan cair (foremilk), sebab lemak (hindmilk) tidak dapat melalui saluran susu itu dan tak dapat keluar dari breast dengan baik. 

Breast massage dan hot compressed akan membantu mengembangkan saluran susu dan mengalirkan susu ibu dengan lancar. Hot compressed cara mudah dilakukan dengan mengisi air paip + air suam dalam storage bottle, dan tuamkan (roll over) botol itu pada payudara yang bengkak tadi.

2. Breast compression.

Baby kelihatan lapar dan menangis mahukan susu. Kata cikgu, teruskan susu kan baby sambil buat urutan tadi. Ibu masih risau takut baby tak dapat susu (sebab bengkak kan). Cikgu ajar ibu ini untuk buat pemampatan payudara (breast compression) semasa menyusu.

Encek husband pun ada dan membantu dengan membuat compression semasa bayi menyusu. MashaAllah, dengan izin Allah, nampak baby menyusu dengan hisapan yang perlahan dan mendalam. Ya ini tandanya bayi sudah mula mendapat susu. 

Yes, breastfeeding is teamwork! In this case not only between mother and the baby, but daddy is also in the picture y'all!

Breast compression dilakukan dengan memampatkan payudara dengan tangan dalam pegangan C. Sesetengan pakar laktasi berpendapat ia umpama melakukan perahan tangan tapi terus ke dalam mulut bayi. Alhamdulillah dengan breast compression, kelihatan susu mula lancar semula dan bayi dalam pattern hisapan yang betul (hisap-telan-hisap-telan).

3. Lekapan dan posisi yang betul.

Cikgu perkenalkan posisi cross cradle dan football hold kepada ibu. Ibu terus praktikkan dan kedudukan bayi betul-betul rapat dengan payudara ibu menyebabkan lekapan menjadi mudah. Bayi seharusnya melekap pada keseluruhan atau sebahagian besar kawasan areola bagi menghasilkan vakum yang cukup untuk mendapatkan susu.

Bibir bayi melingkup keluar dan pipi bayi sedikit kembung semasa menyusu. Keadaan bayi mestilah tenang dan berjaga semasa menyusu. Jika bayi cepat tertidur semasa baru beberapa minit menyusu, kemungkinan lekapan salah atau bayi tidak mendapat susu yang diinginkannya.

4. Penyusuan on demand.

Pesanan cikgu buat ibu ini untuk meneruskan penyusuan sekerap 1-2 jam sekali untuk memaksimumkan pengambilan kolostrum oleh bayi. Bayi jaundis sangat memerlukan kolostrum untuk mengaktifkan pembuangan air besar. Bilirubin akan dikeluarkan dari sistem badan bayi melalui najis. 

Pada usia seawal ini, ianya normal jika bayi mahu menyusu dengan sangat kerap kerana faktor saiz perut dan sifat susu ibu yang cepat dan mudah dicerna. 

5. Makan dan minum.

Oleh kerana ibu kelihatan lesu dan kurang air, cikgu galakkan ibu ini makan dan minum setiap kali selepas menyusu. Minum air suam pula bila-bila sahaja ibu dahaga. This is important mommies, sebab milk booster terbaik untuk ibu menyusu adalah AIR!!!

6. Be confident.

Perkataan yang langsung tidak boleh ada dalam fikiran mommies adalah TAK YAKIN CUKUP SUSU. Bila anda risau tak cukup susu, anda seolah-olah sedang memprogramkan perkara ini dalam tubuh anda. Ingat lagi pesanan cikgu dalam penulisan yang lepas? Jadi ibu perlu fikir, sebut dan buat yang baik-baik sahaja, sebab semuanya adalah doa jika lahir dari hati ibu. Maka, confident ya, inshaAllah susu cukup.

4 hari selepas konsultansi:

Gambar dihantar bersama Whatsapp, kolostrum.

Ibu: "Cikgu, lupa nak share.. mula bf cara yang betul sejak lepas kaunseling.. alhamdulillah.. Susu formula tak bagi dah.. fully bf.. kuning pun dah takde..

Takde dah bengkak.. "

Alhamdulillah. Kenapa cikgu nak share kes ini sebab ramai ibu yang alami perkara yang sama. Ada yang beritahu susu tak ada langsung, susu dah habis, atau dah putus susu walaupun masih dalam waktu berpantang. 

Mommies, kenalpasti dulu permasalahan dari akar umbinya. Seperti dalam blog yang lepas, cikgu menekankan perkara asas dalam penyusuan iaitu mindset, lekapan semasa menyusu, posisi semasa menyusu dan konsep demand vs supply kerana boleh dikatakan hampir semua masalah penyusuan bermula dari perkara asas ini.


Banyak lagi teknik dan tips penyusuan cikgu akan ajar dalam Seminar Praktikal Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, Watsapp : MM <LOKASI> ke 019-284-1569

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).

23 Aug : POTG Kelana Jaya

12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (belum confirm)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, Watsapp : MM <LOKASI> ke 019-284-1569




Cikgu Susu Anda





Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

No comments:

Post a Comment